Glitter Words
Iklan Raya

Hari Raya selama sebulan dirayakan dengan meriah di Malaysia di pelusuk negeri. Masyarakat pelbagai bangsa dan budaya turut merayakannya.

Hari raya merupakan hari dimana media juga memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran terhadap masyarakat. Cara yang paling efektif yang dilakukan adalah melalui kepelbagaian iklan yang ditonjolkan di kaca-kaca televisyen. Malah kini, iklan merupakan sesuatu yang mesti setiap kali hari raya tiba.

Salah satu iklan yang palig saya ingati adalah yang diarahkan oleh Allayarhammah Yasmin Hamid. Beliau merupakan salah seorang pengarah yang berbakat besar dan juga kreatif. Setiap iklan yang dicipta dan disiarkan olehnya menyentuh perasaan penonton dan memberi impak yang besar.

Salah satu iklan yang saya masih tidak dapat lupa oleh Arway adalah yang berikutnya:




Ada pengajaran yang terselit dibelakang lakonan yang disampaikan. Pendekatan pemujukan ini adalah bersesuaian untuk masyarakat Malaysia yang kini kian lupa akan tatasusila apabila berhadapan dengan ibubapa mereka.

Hormatilah kedua orang tua anda. Biarpun mereka tidak berdaya, biarpun mereka bukan mereka lagi, kita sebagai anak yang dididik, dibelai penuh kasih sayang harus memberi perhatian, kasih sayang dan keprihatinan. Ibarat pohon yang rendang, kasih mereka memanyungi kita hingga ke akhir hayat.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Glitter Words